Terma-terma & Syarat-syarat


Dengan menggunakan laman web kami www.perl.com.my (“Laman”), sama ada sebagai pelawat atau pengguna berdaftar, atau apabila kami membekalkan apa-apa –produk-produk (setiap satu Produk) yang disenaraikan dalam Laman, anda bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat (“Terma-terma & Syarat-syarat”) disini.


 
1. PENGENALAN

1.1 Kami, Power Root Marketing Sdn Bhd, (Syarikat No: 503227-K) dari No. 30, Jalan Tago 9, Taman Perindustrian Tago, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia, adalah pengendali Laman dan boleh dihubungi melalui butir hubungan berikut:-
Name: Julianna Hashim
E-mel: noorjuliana@powerroot.com.my
Faks: 603-6272 2188
Tel No: 603-6272 0303 ext 248

1.2 Dalam Terma-terma & Syarat-syarat:

  1. “Akaun” bermakna akaun yang ditakrifkan dalam klausa 2.1 di bawah;
  2. “Pengakuan” bermakna pengakuan Pesanan oleh kami melalui e-mel;
  3. “Hari Perniagaan” bermakna hari di mana ia bukan (i) Sabtu atau Ahad, atau (ii) cuti awam mana-mana di Kuala Lumpur;
  4. “Pengesahan Pesanan” bermakna e-mel kami kepada anda, di mana kami menerima Pesanan anda selaras dengan klausa 4.9 di bawah;
  5. “Perjanjian” bermakna Pesanan Produk atau Produk-produk oleh anda selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat yang kami terima selaras dengan klausa 4.9 di bawah;
  6. “Pesanan” bermakna pesanan yang dihantar oleh anda kepada Laman untuk membeli suatu Produk daripada kami;
  7. rujukan kepada “klausa-klausa” adalah merujuk kepada klausa-klausa dalam Terma-terma dan Syarat-syarat disini;
  8. tajuk-tajuk adalah untuk kemudahan rujukan dan tidak akan mempengaruhi pentafsiran atau pembinaan Terma-terma dan Syarat-syarat;
  9. perkataan-perkataan yang merujuk kepada tunggal akan termasuk genap atau sebaliknya. Perkataan-perkataan yang merujuk kepada jantina akan termasuk setiap jantina dan rujukan kepada orang akan termasuk individu, syarikat, korporat, firma atau perkongsian.
  10. rujukan kepada “termasuk” atau perkataan atau pernyataan yang sama bermakna tanpa had;

 
2. AKAUN ANDA

2.1 Sekiranya anda ingin menghantarkan suatu pesanan kepada Laman untuk membeli suatu produk yang disenaraikan dalam Laman, anda perlu mendaftar untuk suatu akaun dalam Laman (“Akaun”) di mana anda boleh mengakses Laman melalui bahagian “Akaun Saya” dalam Laman. Untuk membuat suatu pesanan bersama dengan kami, anda mesti berumur 18 tahun ke atas;

2.2 Apabila anda telah mendaftarkan dengan Laman, anda akan diminta untuk mencipta suatu nama pengguna (username) untuk, dan memberikan suatu kata laluan (password) kepada, Akaun Anda. Anda perlu menyimpan kata laluan dengan sulit dan serta-merta memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat apa-apa pihak ketiga yang tidak diberikuasa mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kata laluan atau sekiranya terdapat apa-apa penggunaan yang tidak diberikuasa alamat e-mel atau Akaun anda atau apa-apa pelanggaran sekuriti yang diketahui oleh anda. Anda bersetuju bahawa mana-mana orang yang dikemukakan dengan nama pengguna atau kata laluan anda adalah diberikuasa untuk bertindak sebagai agen anda untuk tujuan-tujuan penggunaan (dan/atau menguruskan transaksi melalui) Akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa anda adalah bertanggungjawap sepenuhnya sekiranya anda tidak mengekalkan kesulitan kata laluan anda.

2.3 Anda mesti berdaftar dengan alamat e-mel peribadi yang sah untuk mengakses secara teratur, supaya, antara lain, e-mel-e-mel administratif dapat dihantar kepada anda. Apa-apa Akaun yang telah didaftarkan dengan alamat e-mel orang lain atau secara sementara alamat e-mel tersebut akan ditutup tanpa apa-apa notis. Kami mungkin memerlukan anda untuk mengesahkan Akaun semasa pendaftaran atau sekiranya kami percaya bahawa anda menggunakan alamat e-mel yang tidak sah.

2.4 Anda tidak dibenarkan dalam apa-apa jua keadaan menggunakan Laman atau menghantar kepada kami atau Laman atau apa-apa pengguna Laman apa-apa yang:-

  1. melanggar apa-apa undang-undang, statut, aturan atau undang-undang kecil dalam apa-apa bidangkuasa berkenaan;
  2. frod, berunsur jenayah atau tidak sah;
  3. tidak tepat atau ketinggalan zaman;
  4. mungkin berunsur lucah, tidak senonoh, pornografi, tidak sopan, tidak senonoh, bersifat perkauman, seksis, diskriminasi, menyinggung, menghina, berbahaya, mengganggu, mengugut, memalukan, berniat jahat, kesat, kebencian, mengancam, memfitnah, tidak benar atau berpolitik;
  5. menyamar mana-mana orang atau badan lain atau salah nyata hubungan dengan mana-mana orang atau badan;
  6. mungkin melanggar atau melanggar hak cipta atau hak-hak harta intelek (termasuk tanpa had hak cipta, hak-hak tanda perdagangan dan hak-hak penyiaran) atau privasi atau hak-hak lain dari kami atau mana-mana pihak ketiga;
  7. boleh bertentangan dengan kepentingan kami;
  8. adalah bertentangan dengan mana-mana kaedah atau kehendak tertentu yang kami menetapkan di Laman ini berhubung dengan suatu bahagian tertentu dari Laman ini atau Laman secara am; atau
  9. melibatkan penggunaan anda, penghantaran atau penghantaran apa-apa virus-virus, e-mel-e-mel yang tidak diminta, trojan horses, trap doors, back doors, easter eggs, worms, time bombs, cancelbots atau program komputer yang bertujuan untuk merosakkan, mengganggu secara detrimen, meminta atau mengambil alih secara diam-diam mana-mana sistem, data atau maklumat peribadi.

2.5 Anda dengan ini memberikan kami lesen yang tidak boleh ditarik balik, tanpa royalti, seluruh dunia, boleh diserahhakkan, boleh dilesen seterusnya (sub-licensable) untuk menggunakan apa-apa bahan yang anda serahkan kepada kami atau Laman ini untuk tujuan penggunaan di Laman ini atau untuk pemasaran secara umum (dengan apa-apa cara dan dalam mana-mana media) perkhidmatan kami. Anda bersetuju bahawa anda mengabaikan hak moral anda untuk dikenalpasti sebagai pengarang dan kami mungkin mengubahsuai penghantaran anda.

2.6 Ulasan dan bahan-bahan lain yang diposkan di Laman ini adalah tidak ditujukan sebagai nasihat yang mana pergantungan harus dibuat. Oleh itu, kami menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul daripada apa-apa pergantungan diletakkan di atas bahan-bahan tersebut oleh mana-mana pelawat ke Laman, atau oleh sesiapa yang boleh dimaklumkan tentang apa-apa kandungan mengenainya.

2.7 Walaupun kami berusaha untuk membuat laman web ini disediakan 24 jam sehari, kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa sebab Laman tidak tersedia untuk bila-bila masa atau untuk mana-mana tempoh. Kami tidak menjamin bahawa akses anda kepada Laman tidak akan terganggu, tepat pada masa atau bebas daripada kesilapan. Oleh kerana sifat Internet, ini tidak dapat dijamin. Di samping itu, kami kadang-kala mungkin perlu menjalankan pembaikan, penyelenggaraan atau memperkenalkan kemudahan atau fungsi baru.

2.8 Akses ke Laman boleh digantung atau ditarik balik kepada atau daripada anda sendiri atau semua pengguna untuk sementara atau selama-lamanya pada bila-bila masa dan tanpa notis. Kami juga boleh mengenakan sekatan atas tempoh dan cara penggunaan untuk mana-mana bahagian Laman untuk apa-apa sebab. Jika kami mengenakan sekatan ke atas anda secara peribadi, anda tidak harus cuba untuk menggunakan Laman dengan nama atau pengguna lain.

2.9 Kami tidak menjamin bahawa Laman adalah berserasi dengan kesemua alat dan perisian yang anda mungkin gunakan. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan kepada, atau virus atau kod lain yang boleh menjejaskan, mana-mana alat komputer, perisian, data atau harta lain hasil daripada akses atau penggunaan Laman atau apa-apa bahan yang didapatkan oleh anda dari, atau akibat penggunaan, Laman. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas tindakan pihakpihak ketiga.

2.10 Kami mungkin mengubah atau mengemaskinikan Laman dan apa-apa yang dijelaskan di dalamnya tanpa notis kepada anda.

2.11 Walaupun kami berusaha untuk memastikan bahawa maklumat dan bahan-bahan dalam Laman adalah betul, kami tidak menjamin atau memberi representasi, secara nyata atau tersirat, bahawa yang diberikan adalah lengkap, tepat, terkini, sesuai untuk tujuan tertentu dan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak menerima apa-apa liabiliti bagi apa-apa kesilapan atau ketinggalan. Ini tidak akan mempengaruhi apa-apa obligasi yang kami ada di bawah apa-apa kontrak yang kami mungkin ada dengan anda untuk membekalkan anda perkhidmatan, termasuk apa-apa obligasi yang kami mungkin ada di bawah kontrak untuk membekalkan anda dengan maklumat yang tepat dan nasihat, dan yang kami mungkin lakukannya melalui suatu bahagian Laman yang selamat yang disediakan untuk orang-orang yang menggunakan kata laluan yang sesuai.

2.12 Bahan yang terkandung dalam Laman adalah dibekalkan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak akan menimbulkan sebarang komitmen atau obligasi oleh kami. Apa-apa maklumat di Laman tidak akan menjadi apa-apa bahagian daripada suatu tawaran atau kontrak.

2.13 Kami merizabkan hak untuk menutup akaun anda, jika anda didapati mempunyai sebarang niat atau tindakan yang mengganggu Laman dalam apa-apa cara sekalipun.
 
3. KESAN

3.1 Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah terpakai kepada kesemua Pesanan-pesanan dan Perjanjian-perjanjian yang dibuat atau akan dibuat oleh kami bagi penjualan dan pembekalan Produk-produk. Apabila anda menghantarkan Pesanan kepada kami, memberikan apa-apa arahan penghantaran atau menerima penghantaran Produk-produk, ini adalah dalam apa-apa jua keadaan menjadi penerimaan tanpa kelayakan anda terhadap Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

3.2 Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan mengatasi mana-mana terma-terma yang berasingan yang dikemukakan oleh anda. Apa-apa syarat yang anda serahkan, cadangkan atau tetapkan dalam apa jua bentuk dan pada apa jua masa, sama ada secara bertulis, melalui e-mel atau secara lisan, adalah diketepikan dan dikecualikan secara nyata.

3.3 Tidak ada istilah atau perubahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah mengikat kami melainkan dipersetujui secara bertulis yang ditandatangani oleh kami.
 
4. BAGAIMANA PERJANJIAN TERBENTUK

4.1 Apabila membuat Pesanan, anda perlu mendaftar suatu Akaun di Laman, dan anda harus mengikut arahan dalam Laman bagaimana cara untuk membuat Pesanan anda dan untuk membuat perubahan kepada bakal Pesanan anda sebelum anda menghantarkan kepada Laman.

4.2 Tanpa mengira mana-mana harga sebelum ini yang anda telah melihat atau mendengar, setelah anda memilih produk yang anda ingin memesan, anda akan ditunjukkan atau diberitahu (di Laman) bayaran yang harus dibayar termasuk cukai, jika berkenaan, dan apa-apa caj pengiriman berkenaan. Melainkan yang dinyaakan sebaliknya di Laman, semua bayaran adalah dalam mata wang berkuat kuasa di Malaysia. Tertakluk kepada klausa 4.11 di bawah, ini adalah jumlah yang anda perlu membayar untuk penerimaan Produk yang dipesan.

Anda hendaklah membayar untuk Produk sepenuhnya pada masa memesan dengan membekalkan kami dengan butir-butir kad kredit atau kad debit anda dari sebuah syarikat kad kredit atau debit yang boleh diterima oleh kami atau oleh gerbang (gateway) pembayaran pihak ketiga, yang mana kami perlukan untuk memproses Pesanan anda . Secara alternatif, anda boleh membayar dengan apa-apa cara yang kami tentukan boleh diterima oleh kami, tetapi dalam apa-apa jua keadaan kami tidak terikat untuk membekalkan sebelum kami telah menerima wang sepenuhnya. Bayaran anda akan diterima oleh agen kami, Jade EServices Malaysia Sdn Bhd, 973005-A, Unit A-5-2, Aras 5, Blok A Pusat Southgate Commercial No. 2, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia (dan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kami) atau mana-mana ejen yang dilantik oleh kami. Bergantung kepada keputusan pemeriksaan kredit, kami berhak untuk tidak menawarkan cara-cara pembayaran tertentu dan merujuk anda kepada cara pembayaran lain.

4.4 Jika anda diminta untuk butir-butir kad bayaran, anda mesti berhak sepenuhnya untuk menggunakan kad atau akaun tersebut. Kad atau akaun tersebut mesti mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung bayaran yang dicadangkan kepada kami.

4.5 Anda berakujanji bahawa kesemua maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan pembelian Produk daripada kami adalah benar, bahawa kad kredit atau kad debit, atau akaun atau kaedah pembayaran lain yang anda gunakan adalah kepunyaan anda sendiri dan bahawa ia terdapat wang atau kemudahan kredit yang mencukupi untuk menampung kos Produk. Kami merizabkan hak untuk mendapatkan pengesahan butiran bayaran anda sebelum membekalkan anda dengan Produk.

4.6 Apabila anda menghantarkan Pesanan kepada Laman, anda bersetuju bahawa anda adalah tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini pada tarikh anda menghantarkan Pesanan anda. Anda adalah bertanggungjawab untuk menyemaksemula Terma-terma dan Syarat-syarat terkini setiap kali saya menghantarkan Pesanan anda.

4.7 Pesanan anda adalah kekal sah sebagai tawaran sehingga kami mengeluarkan Pengesahan Pesanan kami atau, sekiranya lebih awal, apabila kami menerima notis anda membatalkan Pesanan anda.

4.8 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan Produk kepada anda sehingga kami telah menerima Pesanan anda. Melainkan bahawa kami secara nyata menyatakan bahawa kami menerima Pesanan anda, e-mel, surat, faks atau Pengakuan lain untuk Pesanan anda oleh kami adalah semata-mata untuk tujuan maklumat dan bukan merupakan Pengesahan Pesanan. Dalam Pengakuan tersebut, kami boleh memberikan anda nombor rujukan Pesanan dan butir-butir Produk yang anda telah pesan. Kami boleh dengan budi bicara kami menolak untuk menerima Pesanan daripada anda untuk apa-apa sebab, termasuk ketiadaan bekalan atau kami boleh menawarkan anda satu Produk alternatif (dalam mana kami boleh memerlukan anda untuk menghantarkan semula Pesanan anda terlebih dahulu).

4.9 Suatu Perjanjian hendaklah dibentuk dan kami adalah terikat di sisi undang-undang untuk membekalkan Produk kepada anda apabila kami menerima Pesanan anda. Penerimaan akan berlaku apabila kami secara nyata menerima Pesanan anda melalui e-mel kepada anda, dalam bentuk dokumen yang dinamakan “Pengesahan Pesanan” menyatakan bahawa kami menerima Pesanan anda. Pengesahan Pesanan kami hendaklah dianggap berkuat kuasa apabila ia telah dihantar oleh kami. Tanpa menjejaskan tanggungjawab anda untuk membayar kami terlebih dahulu, kami mungkin menghantarkan invois kepada anda pada bila-bila masa selepas kami telah menerima Pesanan anda. Sehingga masa apabila kami menerima Pesanan anda, kami merizabkan hak untuk menolak untuk memproses Pesanan anda dan anda berhak untuk membatalkan Pesanan anda. Jika kami atau anda telah membatalkan Pesanan anda sebelum kami menerimanya, maka kami akan dengan segera membayar balik apa-apa bayaran yang telah dibuat oleh anda atau syarikat kad kredit atau kad debit anda kepada kami untuk pesanan Produk.

4.10 Jika anda mendapati bahawa anda telah membuat kesilapan dengan Pesanan anda selepas anda telah hantarkan kepada Laman, sila hubungi enquiry@perl.com.my dengan segera. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin bahawa kami akan dapat meminda Pesanan anda berdasarkan kepada arahan anda.

4.11 Kami berusaha untuk memastikan bahawa harga yang diberikan kepada anda adalah tepat, tetapi harga Pesanan anda perlu disahkan oleh kami sebagai sebahagian daripada prosedur penerimaan kami. Jika harga Pesanan anda telah berubah sebelum kami menerima Pesanan anda, kami akan menghubungi anda dan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin teruskan dengan harga yang dipinda.

4.12 Suatu Perjanjian hanya akan berkait dengan Produk-produk yang mana kami telah sahkan dalam Pengesahan Pesanan. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan apa-apa Produk lain yang mungkin telah menjadi sebahagian daripada Pesanan anda sehingga kami telah menghantarkan Pengesahan Pesanan berhubung dengan Produk-produk tersebut.

4.13 Anda mesti hanya menghantarkan kepada kami atau ejen kami atau Laman maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan dan anda perlu memastikan ia adalah terkini dan memaklumkan kami berkenaan dengan perubahan.
 
5. PENGHANTARAN

5.1 Kami berhasrat untuk menghantarkan Produk kepada anda kepada tempat penghantaran yang diminta oleh anda dalam Pesanan anda.

5.2 Kami berhasrat untuk menghantarkan dalam masa yang dinyatakan oleh kami pada masa Pesanan anda (dan dikemaskini dalam Pengesahan Pesanan) tetapi kami tidak boleh menjanji tarikh sebenar apabila anda menghantarkan Pesanan atau dalam Pengesahan Pesanan. Kami sentiasa berhasrat untuk menghantarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan mana-mana Pesanan, yang mana kami terima tetapi kami tidak dapat menjamin apa-apa tarikh penghantaran yang tetap.

5.3 Kami akan berusaha untuk maklumkan anda sekiranya kami menjangka bahawa kami tidak dapat memenuhi anggaran tarikh penghantaran kami, tetapi, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian, liabiliti, kos, ganti rugi, caj atau perbelanjaan yang timbul daripada penghantaran lewat.

5.4 Semasa penghantaran Produk, anda mungkin dikehendaki untuk menandatangani untuk penghantaran. Anda bersetuju untuk memeriksa Produk untuk apa-apa kecacatan atau kerosakan yang nyata sebelum anda menandatangani untuk penghantaran. Anda perlu menyimpan resit Produk yang dihantarkan untuk perbincangan dengan kami tentang hal tersebut di masa depan.

5.5 Sila ambil perhatian bahawa mungkin kami tidak dapat menghantarkan ke sesetengah tempat. Jika hal begini terjadi, kami akan memaklumkan anda dengan menggunakan maklumat hubungan yang anda berikan kepada kami apabila anda membuat Pesanan dan mengaturkan untuk pembatalan Pesanan atau penghantaran ke alamat penghantaran alternatif.

5.6 Kami membuat penghantaran dalam bungkusan biasa kami. Apa-apa pembungkusan khas yang diminta oleh anda adalah tertakluk kepada bayaran tambahan.

5.7 Kesemua risiko dalam Produk adalah diserahkan kepada anda semasa penghantaran, kecuali bahawa, di mana penghantaran ditangguhkan atas sebab pelanggaran kewajipan anda di bawah suatu Perjanjian, risiko akan diserahkan pada tarikh di mana penghantaran akan dibuat sekiranya tidak disebabkan oleh pelanggaran anda. Daripada masa apabila risiko diserahkan kepada anda, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kemusnahan Produk.

5.8 Anda harus berhati-hati ketika membuka Produk supaya tidak merosakkannya, terutamanya apabila menggunakan sebarang alat yang tajam.

5.9 Anda harus memastikan bahawa anda sudah bersedia untuk menerima dengan selamat Produk tanpa berlengah dan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditentukan oleh pihak kami.

5.10 Jika anda tidak dapat menerima penghantaran atau pungutan, kami mungkin  meninggalkan kad yang memberi anda arahan berkenaan dengan sama ada penghantaran semula atau pungutan daripada pengangkut.

5.11 Jika penghantaran atau pungutan adalah terlewat disebabkan keengganan anda yang tidak munasabah untuk menerima penghantaran atau jika anda tidak (dalam masa dua minggu percubaan pertama kami untuk menghantarkan Produk kepada anda) menerima penghantaran atau mengutip Produk daripada pengangkut, maka kami mungkin (tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang tersedia bagi kami) melakukan salah satu atau kedua-dua yang berikut:

  1. mengenakan caj ke atas anda untuk fi penyimpanan yang wajar dan kos-kos lain yang munasabah yang digunakan oleh kami; atau
  2. tidak lagi menyediakan Produk untuk penghantaran atau pungutan dan memaklumkan anda bahawa kami akan dengan serta-merta membatalkan suatu Perjanjian yang berkenaan, di mana kami akan memulangkan wang kepada anda atau syarikat kad kredit atau kad debit anda apa-apa wang yang berkenaan yang telah dibayar kepada kami di bawah suatu Perjanjian yang berkenaan, setlah menolak caj pentadbiran kami yang wajar (termasuk caj untuk percubaan untuk menghantarkan dan kemudian mengembalikan Produk, dan apa-apa fi penyimpanan sebagaimana yang diperuntukkan dalam klausa 5.11 (a) di atas).

5.12 Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa Produk adalah mencukupi dan sesuai kepada keperluan anda dan memenuhi keperluan individu anda. Kami tidak menjamin bahawa Produk akan memenuhi keperluan individu anda. Anda mengakui bahawa Produk adalah biasa dan tidak dibuat untuk memenuhi apa-apa keperluan tertentu yang anda mungkin ada.
 
6. PEMBATALAN

6.1 Kami boleh membatalkan suatu Perjanjian sekiranya Produk tidak tersedia dengan apa-apa sebab. Kami akan memaklumkan anda sekiranya ini berlaku dan mengembalikan apa-apa bayaran yang telah dibuat.

6.2 Kami biasanya akan memulangkan apa-apa wang yang diterima daripada anda dengan menggunakan kaedah yang sama yang digunakan oleh anda pada asalnya untuk membayar Produk.
 
7. PEMBATALAN OLEH PELANGGAN (PRODUK YANG TIDAK ROSAK)

Jika anda ingin membatalkan Pesanan anda, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami melalui enquiry@perl.com.my. Tiada pembatalan dikenakan. Apabila pesanan telah dihantar, ia mungkin tidak boleh dibatalkan dan item tersebut mesti dikembalikan kepada syarikat berdasarkan kepada garis panduan yang disediakan oleh bahagian penjagaan pelanggan (customer care department) (Sila hubungi kami atau merujuk kepada slip pemulangan yang disediakan dalam parcel yang anda terima).
 
8. PRODUK-PRODUK ROSAK

8.1 Kami menjamin bahawa:

  1. Produk akan dihantar tanpa rosak dalam kuantiti yang dipesan; dan
  2. Produk akan memadani arahan terbaru yang diterbitkan oleh pengilang seperti yang dibentangkan di Laman atau dalam bahan Produk kami pada masa Pesanan anda.

8.2 Produk ini adalah bertujuan untuk digunakan secara tegas berdasarkan kepada arahan terkini yang diterbitkan oleh pengilang seperti yang dibentangkan di Laman atau atas Produk tersebut sendiri. Ia adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa anda menggunakan Produk secara tegas berdasarkan kepada arahan tersebut.

8.3 Kami berusaha untuk menghantarkan Produk-produk dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, jika anda memaklumkan kami bahawa Produk itu rosak, anda bersetuju untuk menyimpan Produk tersebut dalam keadaan semasa tersedia untuk kami (atau ejen kami) untuk memeriksa dalam masa yang munasabah.

8.4 Dalam usaha untuk memberikan anda apa-apa remedi untuk Produk yang rosak, kami mungkin memerlukan bantuan dan pemberian segera maklumat tertentu berkenaan dengan Produk, termasuk:

  1. anda menyatakan dengan butir terperinci yang munasabah cara di mana ia dikatakan bahawa Produk rosak atau cacat; dan
  2. anda memberikan kami nombor nota penghantaran dan apa-apa maklumat lain yang kami perlukan.

8.5 Jika anda ingin kami untuk menggantikan atau memulangkan wang untuk Produk di mana ia memadani suatu Perjanjian yang berkenaan, dan kami dapati bahawa Produk telah:

  1. disalahgunakan, atau tertakluk kepada pengabaikan, penjagaan yang tidak betul atau tidak mencukupi, kecuaian, kerosakan atau keadaan yang luar biasa; atau
  2. terlibat dalam apa-apa kemalangan atau kerosakan yang disebabkan oleh usaha pengubahsuaian atau pembaikan yang tidak betul; atau
  3. telah diuruskan atau digunakan bertentangan dengan arahan kami atau pengilang arahan untuk Produk ini, kami mungkin pada budi bicara kami memutuskan untuk tidak menggantikan atau memulangkan wang untuk Produk dan/atau kami mungkin memerlukan anda untuk membayar kesemua kos pengangkutan dan kos perkhidmatan yang wajar pada fi biasa semasa kami dan kos dan cajkan ini kepada kad kredit atau kad debit, atau butir-butir pembayaran yang anda berikan kepada kami apabila anda membuat Pesanan anda, dan, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kerugian, liabiliti, kos, ganti rugi, caj atau perbelanjaan akibat daripada ini.

 
9. PENGEMBALIAN & PEMULANGAN WANG

9.1 Sekiranya kami mengirimkan barang yang salah atau item yang rosak, kami akan menghantar barang ganti tertakluk kepada syarat-syarat di bawah ini. Sekiranya item tersebut telah kehabisan stok, kami akan memulangkan wang anda.

9.2 Anda mesti memaklumkan kami dalam masa tujuh hari dari tarikh penghantaran Produk sekiranya pengembalian atau pemulangan wang diinginkan. Anda hendaklah mendapatkan kelulusan daripada kami sebelum mengembalikan Produk. Untuk pengembalian yang diluluskan, Produk yang dikembalikan mestilah berada dalam keadaan asal.

9.3 Sila hubungi kami untuk urusan pengembalian dan sekiranya diperlukan, anda perlu menghantar Produk kembali kepada kami dalam kos anda sendiri. Anda akan menanggung tanggungjawab sepenuhnya untuk kerosakan/kehilangan Produk semasa pengembalian. Anda mesti mengembalikan Produk kepada kami dalam tempoh tiga hari selepas menerima pengesahan pengembalian tersebut.

9.4 Untuk produk yang rosak yang dijumpai dalam tempoh masa satu hari daripada tarikh penerimaan, kami akan membayar kos pengembalian (mengganti rugi sebagai mata perbelanjaan kepada akaun pelanggan). Anda mesti memaklumkan kami dalam masa dua hari setelah menerima Produk.
 
10. HAD LIABILITI

Setakat yang mungkin di sisi undang-undang, dalam kesemua kes selain daripada yang berkenaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan untuk pengguna tertentu (yang akan dikawal oleh terma-terma kontrak sendiri dan terma-terma pelantikan), setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang:

  1. Jumlah liabiliti keseluruhan kami kepada anda atau mana-mana pihak ketiga hendaklah dalam apa-apa keadaan tidak melebihi, dalam agregat, jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang lebih dari: i) RM500; atau ii) 110% daripada apa-apa amaun agregat yang dibayar oleh anda kepada kami dalam tempoh dua belas bulan sebelum apa-apa sebab tindakan yang timbul; dan
  2. kami tidak mempunyai apa-apa liabiliti (sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, salah nyataan, restitusi atau di bawah mana-mana kepala liabiliti undang-undang) berhubung dengan penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengguna atau kelewatan dalam penggunaan Laman atau apa-apa bahan di dalamnya atau diakses daripada atau daripada apa-apa tindakan atau keputusan yang diambil hasil daripada menggunakan Laman atau apa-apa bahan tersebut untuk: (a) kerugian secara tidak langsung atau berbangkit, kerosakan, kos atau perbelanjaan; (b) kehilangan keuntungan sebenar atau yang dijangkakan; (c) kehilangan kontrak; (d) kehilangan penggunaan wang; (e) kerugian simpanan wang yang dijangka; (f) kehilangan hasil; (g) kehilangan nama baik; (h) kehilangan reputasi; (i) kehilangan perniagaan; (j) kerugian dari segi masa operasi; (k) kehilangan peluang; atau (l) kehilangan, kerosakan data; sama ada atau tidak apa-apa kerugian yang boleh dijangka secara munasabah atau kami telah dinasihatkan tentang kemungkinan anda menanggung kerugian tersebut. Bagi mengelakkan keraguan, (b) hingga (l) adalah terpakai sama ada kerugian tersebut adalah secara langsung, tidak langsung, berbangkit atau sebaliknya.

 
11. JAMINAN DAN ADUAN-ADUAN PENGURUSAN

11.1 Kami akan melaksanakan kewajipan-kewajipan kami di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan kemahiran dan penjagaan yang munasabah.

11.2 Kami meletakkan nilai yang tinggi kepada kepuasan pelanggan kami. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan dalam klausa 1.1 dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah anda secepat mungkin dan akan menghubungi anda apabila menerima sebarang pertanyaan atau aduan yang berkaitan. Dalam kes-kes jaminan, pengilang sering-kali mesti terlibat, dan oleh itu, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan apa-apa pertanyaan atau aduan.

11.3 Sekiranya terdapat aduan ia akan membantu kami jika anda boleh menerangkan objek aduan anda seberapa tepat yang mungkin dan, jika berkenaan, hantarkan salinan Pesanan atau sekurang-kurangnya nombor pesanan yang kami tetapkan untuk anda dalam Pengakuan atau Pengesahan Pesanan. Sekiranya anda tidak menerima apa-apa maklum balas daripada kami dalam tempoh lima Hari Perniagaan, sila membuat sebarang pertanyaan selanjutnya. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, e-mel anda boleh terperangkap dalam penapis spam kami atau tidak sampai kepada kami, atau surat-menyurat yang kami hantarkan kepada anda mungkin sebaliknya tidak mencapai anda.
 
12. PERLINDUNGAN DATA

Sila lihat Dasar Privasi kami, yang membentuk sebahagian daripada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
 
13. HAK HARTA INTELEKTUAL

13.1 Nama dan logo Per’l dan kesemua nama-nama, tanda reka bentuk dan slogan yang berkaitan adalah cap dagangan atau cap perkhidmatan kami atau pemberi lesen kami.

13.2 Kami adalah pemilik atau pemegang lesen untuk kesemua hak harta intelek di Laman, dan dalam bahan yang disiarkan di atasnya. Karya adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian di seluruh dunia. Kesemua hak tersebut adalah terpelihara.

13.3 Anda boleh mencetak salinan, dan boleh memuat turun ekstrak, mana-mana halaman dari Laman untuk rujukan peribadi anda dan anda boleh menarik perhatian orang lain dalam organisasi anda kepada bahan yang disiarkan di Laman.

13.4 Anda tidak boleh mengubahsuai kertas atau salinan digital pada apa-apa bahan yang anda telah cetak atau muat turun dalam apa jua cara, dan anda tidak boleh menggunakan apa-apa ilustrasi, gambar, video atau audio urutan atau apa-apa grafik secara berasingan daripada mana-mana teks yang disertakan bersama.

13.5 Anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian bahan-bahan di Laman untuk tujuan komersil tanpa mendapatkan lesen untuk berbuat demikian dari kami atau pemberi lesen kami.

13.6 Jika anda mencetak, menyalin atau memuat turun mana-mana bahagian Laman dalam pelanggaran Terma-terma dan Syarat-syarat ini, hak anda untuk menggunakan Laman akan berhenti dengan serta-merta dan anda mesti, atas pilihan kami, mengembalikan atau memusnahkan mana-mana salinan bahan-bahan yang anda telah buat .
 
14. LAMAN-LAMAN WEB PIHAK KETIGA

14.1 Kami tidak mempunyai kawalan ke atas dan tidak bertanggungjawab kepada kandungan mana-mana laman yang wujud daripada link dari laman-laman web (kecuali kami adalah pembekal laman-laman web tersebut). Laman-laman web tersebut disediakan “sebagaimana yang adanya” (as is) untuk kemudahan anda sahaja tanpa jaminan, tersurat atau tersirat, untuk maklumat yang diberikan di dalam mereka. Kami tidak memberikan apa-apa sokongan atau pengesyoran untuk mana-mana laman pihak ketiga di mana Laman menyediakan link.

14.2 Anda tidak boleh tanpa kebenaran kami membingkaikan mana-mana Laman kepada laman web anda sendiri atau orang lain.

14.3 Kami dengan ini memberi anda hak yang boleh dibatalkan, tidak eksklusif, bebas royalti untuk menyediakan satu link dari laman web anda ke laman utama Laman, dengan syarat bahawa anda berbuat demikian dengan cara yang adil dan sah disisi undang-undang tanpa merosakkan reputasi kami atau mengambil kesempatan daripadanya. Khususnya:

  1. anda tidak boleh memberi sebarang jaminan atau representasi mengenai kami, perkhidmatan-perkhidmatan kami atau dasar-dasar kami kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada kami;
  2. anda tidak boleh berkata apa-apa yang palsu, mengelirukan, menghina atau menyinggung tentang kami atau perkhidmatan-perkhidmatan atau dasar-dasar kami; dan
  3. anda tidak boleh mencadangkan secara nyata atau tersirat bahawa kami telah mengesahkan laman web anda atau yang berkaitan dengannya di mana ia bukan kes begitu.

 
15. KEADAAN DI LUAR KAWALAN KAMI (KLAUSA FORCE MAJEURE)

15.1 Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda apa-apa pelanggaran, halangan atau kelewatan dalam pelaksanaan Perjanjian disebabkan oleh apa-apa sebab di luar kawalan kami, termasuk tanpa had apa-apa bencana alam dan kejadian yang tidak dapat dielakkan, tindakan pihak ketiga (termasuk tanpa had penggodam, pembekal, kerajaan, separa kerajaan, supra-national atau pihak berkuasa tempatan), pemberontakan, rusuhan, kekecohan awam, peperangan, permusuhan, operasi seakan peperangan, kecemasan negara, keganasan, lanun, tangkapan, sekatan atau penahanan oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten, mogok atau kombinasi atau sekat-masuk pekerja, wabak, kebakaran, letupan, ribut, banjir, kemarau, keadaan cuaca, gempa bumi, bencana alam, kemalangan, kerosakan mekanikal, perisian pihak ketiga, kegagalan atau masalah dengan bekalan kemudahan awam (termasuk elektrik, telekom atau Internet kegagalan), kekurangan atau ketidakupayaan untuk mendapatkan bekalan, bahan-bahan, peralatan atau pengangkutan (“Keadaan Force Majeure”), tidak kira sama ada hal keadaan yang berkenaan mungkin telah dijangka.

15.2 Sama ada anda atau kami boleh menamatkan suatu Perjanjian dengan serta-merta melalui notis bertulis kepada yang lain sekiranya Keadaan Force Majeure berlangsung selama tempoh dua Hari Perniagaan atau lebih, dalam keadaan tidak anda dan kami juga tidak akan bertanggungjawab kepada lain oleh sebab penamatan itu (selain daripada pemulangan wang untuk Produk yang telah dibayar oleh anda dan tidak dihantar).

15.3 Jika kami telah membuat perjanjian untuk menyediakan Produk yang serupa atau sama dengan lebih daripada satu pelanggan dan dihalang daripada memenuhi kewajipan kami sepenuhnya kepada anda oleh sebab Keadaan Force Majeure, kami mungkin membuat keputusan mengikut budi bicara mutlak kami perjanjian mana yang kami akan laksanakan dan kepada apa tahap.
 
16. NOTIS

16.1 Apa-apa notis di bawah suatu Perjanjian hendaklah secara bertulis dan boleh disampaikan dengan penyampaian peribadi atau melalui surat pos pra-bayar atau direkodkan atau melalui e-mel yang dialamatkan kepada pihak yang berkenaan di alamat atau alamat e-mel pihak yang berkenaan itu yang terakhir diketahui kepada yang lain.

16.2 Apa-apa notis yang diberikan melalui pos adalah dianggap telah disampaikan dua Hari Perniagaan selepas yang sama telah diposkan jika alamat penerima adalah di negara ini. Apa-apa notis yang diberikan melalui e-mel dianggap telah disampaikan apabila e-mel tersebut telah dibuktikan diterima oleh server penerima. Dalam membuktikan penyampaian tersebut, ia adalah mencukupi dengan membuktikan bahawa surat atau e-mel telah dialamatkan dengan alamat yang betul dan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dicatatkan sebagai penyampaian melalui surat pra-bayar atau direkodkan atau dihantar atau laporan penyampaian diterima.
 
17. PERKARA AM

17.1 Kami akan menyimpan rekod Pesanan anda dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini sehingga enam tahun selepas kami telah menerima Pesanan anda. Walau bagaimanapun, untuk rujukan masa depan anda, kami menasihatkan anda untuk mencetak dan menyimpan salinan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, Pesanan anda, Pengakuan dan Pengesahan Pesanan.

17.2 Tiada kegagalan atau kelewatan oleh kami atau anda dalam melaksanakan apa-apa hak di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian dianggap sebagai penepian (waiver) hak tersebut atau meliputi atau mengganggu apa-apa peristiwa lain atau seterusnya atau menjejaskan mana-mana hak atau remedi berkenaan dengan atau dalam apa-apa keadaan mengubahsuai atau mengurangkan hak kami atau anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian.

17.3 Jika mana-mana klausa di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian boleh menjadi atau boleh diisytiharkan oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, kejadian dan pengisytiharan tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut hendaklah sama sekali tidak menggangu apa-apa klausa atau bahagian lain mana-mana klausa, kesemua hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, selagi Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian hendaklah mampu terus berkesan tanpa terma yang tidak boleh dikuatkuasakan tersebut.

17.4 Anda tidak boleh menyerahhakkan, memindah, menggantikan, caj, sub-kontrak, mewujudkan apa-apa amanah atau bertindak dalam apa-apa cara yang lain dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian atau kesemua atau mana-mana hak atau obligasi anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian.

17.5 Tiada apa-apa dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian mewujudkan atau dianggap mewujudkan perkongsian, agensi atau hubungan majikan dan pekerja antara anda dan kami.

17.6 Tiada orang yang bukannya suatu pihak kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian mendapat apa-apa hak di bawah atau berhak mendapat manfaat daripada apa-apa terma walaupun orang itu telah bergantung kepada apa-apa terma atau menunjukkan kepada mana-mana pihak kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau suatu Perjanjian tersebut persetujuannya kepada apa-apa terma.

17.7 Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan suatu Perjanjian (dan kesemua obligasi bukan kontrak yang timbul daripada atau berkaitan kepada mereka) akan dikawal dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang di Malaysia. Kedua-dua kami dan anda dengan ini menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah Malaysia. Semua urusan, surat-menyurat dan hubungan antara kami hendaklah dibuat atau dijalankan dalam bahasa Inggeris.
 
18. PINDAAN KEPADA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kami berhak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat ini pada bila-bila masa. Kesemua pindaan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan disiarkan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan yang berterusan Laman akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma dan Syarat-syarat baru.