Dasar Privasi


Dasar Privasi ini mengemukakan amalan-amalan laman web kami www.perl.com.my (“Laman Web”). Power Root Marketing Sdn Bhd, pembekal Laman Web (dikenali sebagai “kami’ atau “PowerRoot”), berhasrat untuk melindungi privasi anda dalam pematuhan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”). Sila baca yang berikut untuk mengetahui maklumat yang kami kumpul daripada anda (“Pengguna” atau “Pengguna Akhir”) dan bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkenaan dengan dasar privasi kami, sila emel kami.

SILA BACA DASAR PRIVASI INI DENGAN BERHATI-HATI. DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB KAMI ATAU MEMILIH UNTUK MENERIMA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT, ANDA SECARA NYATA BERSETUJU DENGAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA OLEH KAMI, ANDA AKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT KEPADA SEGALA TERMA DASAR PRIVASI INI DAN TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB KAMI, DAN KAMI MEMATUHI SEPENUHNYA DENGAN AKTA TERSEBUT. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU KEPADA TERMA-TERMA INI, SILA KELUAR DARIPADA LAMAN INI DAN JANGAN AKSES ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

 

1. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya kami mengubah dasar privasi kami, kami akan mempamerkan perubahan tersebut dalam dasar privasi ini, laman utama, dan tempat-tempat lain yang kami anggap bersesuaian untuk anda mengetahui apa maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dan dalam keadaan apa, sekiranya ada, kami mengemukakannya.

Kami merizabkan hak kami untuk meminda pernyataan privasi ini pada bila-bila masa, jadi sila sering semak semula. Sekiranya kami membuat pemindaan substantif (yang mana darjah adalah pada budi bicara tunggal Power Root) kepada dasar ini, kami akan memberi notis kepada anda di sini, melalui emel, atau melalui notis pada laman utama kami.

 

2. JENIS-JENIS MAKLUMAT DIKUMPUL DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Kami mengumpul dua jenis maklumat berkenaan dengan Pengguna-pengguna kami: Maklumat Peribadi (Personally Identifiable Information) dan Maklumat Bukan Peribadi (Non-Personally Identifiable Information).

Maklumat Peribadi. Maklumat Peribadi adalah maklumat yang berkait dengan Pengguna Akhir yang khusus. Apabila anda mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tertentu dalam Laman Web, seperti mendaftar akaun, menempah produk daripada kami, menghantar maklumbalas kepada kami, meminta maklumat berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami melalui Laman Web [secara kolektif, “Aktiviti Pengenalpastian” (Identification Activities)], kami mungkin meminta anda untuk membekalkan maklumat tertentu berkenaan dengan anda. Ia adalah pilihan anda untuk mengambil bahagian dalam Aktiviti Pengenalpastian. Sekiranya anda memilih untuk mengambil bahagian dalam Aktiviti Pengenalpastian, walau bagaimanapun, kami mungkin meminta anda membekalkan kepada kami maklumat peribadi berkenaan dengan anda, seperti nama, nama syarikat, alamat surat-menyurat, alamat emel, nombor telefon dan tarikh lahir. Apabila anda menempah produk-produk kami, kami juga akan meminta anda untuk membekalkan nombor, tarikh luput dan kod pengesahan atau maklumat yang berkenaan dengan kad kredit anda. Terpulang kepada aktiviti, segelintir maklumat yang kami minta untuk dibekalkan adalah dikenal pasti sebagai mandatori dan segelintir maklumat sebagai sukarela. Sekiranya anda tidak membekalkan maklumat mandatori untuk suatu aktiviti yang tertentu yang memerlukannya, anda tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam atktiviti itu.

Beritahu Rakan / Beli untuk Rakan. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan rujukan kami untuk membeli suatu produk untuk seorang rakan, kami akan meminta nama dan alamat emel rakan anda. Kami akan secara otomatik mengirimkan kepada rakan anda suatu emel bersama dengan hadiah yang anda beli untuk mereka atau menjemput mereka untuk mengunjungi laman tersebut. Kami menyimpan maklumat ini untuk tujuan tunggal untuk mengirimkan emel ini, mengirimkan hadiah mereka, dan mengesan kejayaan program rujukan kami. Rakan anda boleh menghubungi kami pada alamat emel untuk meminta agar kami mengeluarkan maklumat ini daripada pangkalan data kami. Kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk membekalkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda, meningkatkan operasi Laman Web, meningkatkan usaha pemasaran dan promosi kami, menganalisa kegunaan Laman Web, meningkatkan tawaran produk dan perkhidmatan kami, dan untuk menyesuaikan pengalaman anda dengan pihak-pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam Item 3 dalam Dasar Privasi ini. Sebagai contoh, sekiranya anda menghantar emel kepada perkhidmatan pelanggan kami, kami mungkin menggunakan komen dan maklumbalas anda untuk memaklum orang lain berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan mungkin mempamerkan komen anda dalam bahan-bahan pemasaran atau Laman Web kami. Komen-komen anda mungkin mengandungi maklumat peribadi seperti nama, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk mempamerkan nama anda bersama dengan komen anda sebelum kami menpamerkan komen anda untuk pandangan awam. Tambahan, sekiranya anda menggunakan Laman Web kami untuk mengirimkan maklumat atau produk kepada orang lain, kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda. Kami juga mungkin menggunakan Maklumat Peribadi untuk penyelesaian (troubleshoot), menyelesaikan pertikaian-pertikaian, mencapai tugas-tugas administratif, menghubungi anda, menguatkuasa perjanjian kami dengan anda, termasuk Terma-terma dan Syarat-syarat Laman Web kami dan Dasar Privasi ini, mematuhi undang-undang, dan bekerjasama dengan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang.

Maklumat Bukan Peribadi. Maklumat Bukan Peribadi adalah maklumat yang tidak mengenal pasti sesuatu Pengguna Akhir khusus. Jenis maklumat ini mungkin termasuk bahan-bahan seperti Pelokasi Sumber Seragam (“URL”) laman web yang anda kunjungi sebelum melawat Laman Web kami, URL bagi laman web yang anda kunjungi selepas meninggalkan Laman Web kami, jenis pelayar yang anda guna dan alamat Internet Protocol (“IP”) anda. Kami, dan/atau Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga dan Pengiklan (Third Party Service Providers and Advertisers) kami yang diberikuasa, boleh mengutip maklumat ini secara otomatik apabila anda melawat Laman Web kami melalui penggunaan alat-alat elektronik (electronic tools) seperti Cookies dan Web beacons atau Pixel tags, seperti yang dinyatakan dalam Item-item 4 dan 6 dalam Dasar Privasi ini. Kami menggunakan Maklumat Bukan Peribadi untuk menyelesaikan, mentadbirkan Laman Web, menganalisa trend, mengumpul maklumat demografi, mematuhi undang-undang, dan bekerjasama dengan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang. Kami juga mungkin berkongsi maklumat ini dengan Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga dan Pengiklan kami yang diberikuasa untuk mengukur keberkesanan keseluruhan pengiklanan dalam talian, kandungan dan pemprograman.

Lanjutan daripada yang dinyatakan di atas, kami juga mungkin menggunakan Maklumat Peribadi untuk tujuan-tujuan yang berikut:-

  • membalas kepada pertanyaan-pertanyaan yang dibuat;
  • tujuan-tujuan penyelidikan termasuk tujuan-tujuan sejarah dan statistik;
  • memadankan data yang dipegang oleh kami atau syarikat-syarikat berkaitan yang berkenaan dengan anda dari masa ke semasa;
  • untuk penyimpanan rekod dalaman;
  • untuk membolehkan kami memantau, menyemak semula dan meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan;
  • untuk penaksiran dan analisa pasaran, pelanggan-pelanggan, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, termasuk menanyakan anda untuk pandangan-pandangan anda atas produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan melaksanakan kajian-kajian pelanggan;
  • membekalkan anda dengan komunikasi-komunikasi biasa (selain daripada bahan pemasaran terus) daripada kami; dan
  • siasatan aduan-aduan, transaksi-transaksi mencurigakan yang disyaki dan penyelidikan untuk peningkatan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan.

 

3. PELEPASAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami tidak akan mengongsi, menjual, menyewa atau mendagang Maklumat Peribadi anda dengan pihak-pihak lain melainkan yang dinyatakan di bawah:-

Kami mungkin mengongsi maklumat dengan Pembekal-pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga yang Diberikuasa (Authorized Third Party Service Providers). Kami membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk melalui pihak ketiga. “Pembekal-pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga” tersebut menjalankan tugas bagi pihak kami, seperti mengirim keluar dan menyebarkan emel administratif dan promosi atau pesanan teks. Kami mungkin mengongsi Maklumat Peribadi anda dengan Pembekal Perkhidmatan tersebut untuk memenuhi pesanan, menghantar pakej, mengirim pos atau emel, mentadbir peraduan atau loteri (sweepstakes), mengeluarkan maklumat berulang dalam senarai pelanggan, menganalisa data, membekalkan bantuan pemasaran, membekalkan keputusan carian dan pautan-pautan, memproses bayaran kad kredit, mengendali Laman Web, penyelesaikan, dan pembekalkan perkhidmatan pelanggan. Kami boleh juga mengumpul maklumat peribadi daripada individu-individu dan syarikat-syarikat (“Anggota Gabungan”) yang mana kami mempunyai hubungan perniagaan dan mungkin mengongsi maklumat dengan Pembekal Perkhidmatan untuk melaksanakan tugas-tugas administratif kami. Sebagai contoh, apabila anda menempah suatu produk, kami akan membekalkan maklumat kad kredit kepada bank yang mengeluarkan kad atau pembekal get laluan bayaran (payment gateway provider) untuk mengesahkan bayaran untuk perkhidmatan tersebut dan, jika berkaitan, membekalkan alamat anda kepada pembekal perkhidmatan penghantaran untuk menyampaikan produk. Begitu juga, kami mungkin membekalkan maklumat Anggota Gabungan kepada bank kami untuk mengirimkan bayaran. Kami mengalu-alukan Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk menerima pakai dan mempamerkan dasar-dasar privasi. Walau bagaimanapun, kegunaan Maklumat Peribadi anda oleh pihak-pihak tersebut adalah dikawal oleh dasar-dasar privasi pihak-pihak tersebut dan tidak tertakluk kepada kawalan kami.

Melainkan yang anda memilih keluar (opt-out), kami akan memproses Maklumat Peribadi untuk tujuan pemasaran kini dan kemudian. Kami juga mungkin memasarkan semula maklumat anda. Pemasaran semula adalah satu cara kami berhubung dengan Pengguna-pengguna, berdasarkan kepada interaksi dahulu anda dengan Laman Web. Vendor pemasaran pihak ketiga mungkin diupah oeh Power Root untuk menjalankan perkhidmatan pemasaran semula. Oleh itu, vendor pihak ketiga, termasuk Google, mungkin memaparkan iklan kami pada laman-laman dalam internet. Vendor-vendor pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan cookies untuk menjalankan pengiklanan berdasarkan kunjungan dahulu Pengguna-pengguna ke Laman Web. Pengguna-pengguna boleh memilih keluar daripada penggunaan cookies oleh Google dengan mengunjungi laman opt-out pengiklanan Google di http://www.google.com/privacy_ads.html. Maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan pemasaran semula dan tidak akan digunakan oleh mereka untuk tujuan yang lain.

Kami mungkin mengongsi maklumat dalam pemindahan perniagaan. Seperti dalam perniagaan lain, kami mungkin bergabung dengan, atau diambil alih oleh syarikat lain. Sekiranya ia berlaku, waris perniagaan akan mendapat maklumat yang kami kekalkan, termasuk Maklumat Peribadi. Walau bagaimanapun, Maklumat Peribadi akan terus tertakluk kepada Dasar Privasi ini.

Kami mungkin mengongsi maklumat untuk perlindungan dan perlindungan untuk orang lain. Kami merizabkan hak untuk mengemukakan Maklumat Peribadi anda sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang dan apabila kami percaya bahawa pengemukaan adalah perlu untuk melindungi hak kami dan/atau mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses guaman yang diserahkan atas Laman Web kami; melaksanakan atau menggunakan Dasar Privasi ini, Terma-Terma dan Syarat-Syarat atau perjanjian lain; atau melindungi hak-hak, harta atau keselamatan Laman Web, Pengguna-penggunanya atau yang lain-lain.

 

4. PELEPASAN MAKLUMAT BUKAN PERIBADI

Kami mungkin mengemukakan atau mengongsi Maklumat Bukan Peribadi dengan Rakan-rakan, Anggota Gabungan dan Pengiklan-pengiklan. Sebagai contoh, kami mungkin mengongsi maklumat demografi agregat (yang mana tidak termasuk sebarang Maklumat Peribadi) dengan “Pengiklan-pengiklan Pihak Ketiga” atau “Syarikat-syarikat Pengiklan Pihak Ketiga” dan pihak-pihak lain seperti yang dinyatakan di bawah:

Kami juga menggunakan Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk mengesan dan menganalisa maklumat statistik penggunaan daripada Pengguna-Pengguna kami untuk mentakbir Laman Web kami dan secara konstan meningkatkan kualitinya. Sila ambil perhatian bahawa ini bukan Maklumat Peribadi, hanya ringkasan umum aktiviti Penguna-penguna kami. Data demikian akan dikumpul bagi pihak kami, dan adalah dimiliki dan digunakan oleh kami.

 

5. MENGEMASKINI DAN MEMBETULKAN MAKLUMAT

Kami percaya bahawa anda seharusnya mempunyai kebolehan untuk mengakses dan mengubah Maklumat Peribadi yang anda bekalkan kepada kami. Anda boleh mengubah apa-apa Maklumat Peribadi dengan memasuki akaun anda dan akses bahagian “My Account” dalam laman, mengirimkan kepada kami emel pada enquiry@perl.com.my atau menulis kepada kami di No. 30, Jalan Tago 9, Taman Perindustrian Tago, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia. Sila nyatakan nama anda, alamat dan alamat emel, dan apa-apa maklumat yang anda mahu kami mengemaskini semasa anda menghubungi kami.

Anda juga boleh membuat pertanyaan atau aduan dengan menulis atau emel kepada kami pada alamat yang relevan di atas. Anda mempunyai hak untuk meminta sesalinan data anda (yang mana kami mungkin caj anda suatu fi kecil) dan untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan.

Kami mengalu-alukan anda untuk mengemaskini Maklumat Peribadi anda sekiranya ia berubah. Anda boleh meminta maklumat dalam akaun anda untuk dipadamkan atau dikeluarkan; walau bagaimanapun, oleh kerana kami menjejak transaksi-transaksi dahulu, anda tidak boleh memadamkan maklumat berkenaan dengan transaksi-transaksi dahulu dalam Laman Web. Tambahan, ia adalah mustahil untuk kami untuk memadamkan segala maklumat anda secara keseluruhannya kerana kami sadar maklumat secara berkala.

 

6. PENGESANAN DATA

Cookies. Untuk memudahkan dan menyesuaikan pengalaman anda dengan Laman Web, kami menyimpan cookies dalam komputer anda. Cookie adalah suatu fail teks kecil yang disimpan dalam komputer Pengguna untuk tujuan rekod yang mengandungi maklumat berkenaan dengan Pengguna tersebut. Kami menggunakan cookies untuk menjimatkan masa anda semasa menggunakan Laman Web, mengingatkan kami siapa anda, dan mengesan dan mensasari minat Pengguna untuk membekalkan pengalaman yang disesuaikan (customized experience). Cookies juga membolehkan kami mengumpul Maklumat Bukan Peribadi daripada anda, seperti laman yang anda kunjungi dan pautan-pautan yang anda tekan. Penggunaan maklumat ini membantu kami mewujudkan suatu pengalaman yang lebih mesra pengguna kepada semua pengunjung. Dasar Privasi ini merangkumi penggunaan cookies oleh Laman Web kami sahaja dan tidak meliputi penggunaan cookies oleh Pengiklan-pengiklan. Kebanyakan pelayar akan menerima cookies secara otomatik, tetapi anda boleh mengubah latar pelayar anda untuk menolak cookies. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menolak atau memadamkan cookies tersebut, sebahagian daripada Laman Web kami mungkin tidak akan berfungsi dengan baik.

Peranti-peranti Pengesan Lain. Kami mungkin menggunakan teknologi standard industri yang lain seperti pixel tags dan web beacons untuk mengesan penggunaan anda dalam Laman Web dan promosi kami, atau kami mungkin membenarkan Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga kami untuk menggunakan peranti-peranti tersebut bagi pihak kami. Pixel tags dan web beacons adalah imej grafik kecil yang terletak dalam laman tertentu dalam Laman Web kami, atau dalam emel yang membenarkan kami untuk menentukan sama ada anda telah melakukan sebarang aksi khusus. Apabila anda mengakses laman tersebut atau membuka atau menekan suatu emel, pixel tags dan web beacons akan menjana suatu notis Tidak Boleh Dikesan Secara Peribadi untuk aksi tersebut. Pixel tags membenarkan kami untuk mengukur dan meningkatkan pemahaman kami terhadap trafik dan kelakuan kunjungan dalam Laman Web kami, dan juga memberikan kami suatu cara untuk mengukur promosi dan prestasi. Kami juga mungkin menggunakan pixel tags dan web beacons yang dibekalkan oleh Anggota Gabungan dan/atau Rakan Pemasaran kami untuk tujuan-tujuan yang sama.

 

7. DASAR-DASAR PRIVASI LAMAN-LAMAN WEB PIHAK KETIGA

Dasar Privasi ini hanya mengarahkan penggunaan dan pengemukaan maklumat yang kami kumpul dalam www.perl.com.my. Laman-laman web lain yang mungkin diakses melalui Laman Web ini mempunyai dasar-dasar privasi dan pengumpulan data, penggunaan dan praktis pengemukaan mereka. Sekiranya anda pautan kepada laman web demikian, kami menggesa anda untuk menyemak semula dasar privasi laman web tersebut. Kami tidak bertanggungjawab kepada dasar atau praktis pihak ketiga.

 

8. ISU PRIVASI LAIN

Pendaftaran Akaun Rangkaian Media Sosial. Laman Web membenarkan Pengguna-penggunanya untuk mendaftarkan satu akuan dengan kami dengan menggunakan akaun rangkaian media social seperti Facebook dan Google+. Dengan mendaftar, anda akan membenarkan kami untuk mengakses maklumat anda dan anda bersetuju kepada Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.