Soalan Lazim Tentang Per’l Xlim


S) Berapa banyak cawan Per’l Xlim yang perlu diminum setiap hari?

J) Minum 2 sachet sehari – 1 sachet 30 minit sebelum sarapan pagi dan 1 sachet 30 minit sebelum makan tengah hari.

S) Bolehkah saya minum Per’l Xlim sewaktu datang bulan?

J) Ya, adalah selamat untuk minum Per’l Xlim.

S) Bolehkah saya minum Per’l Xlim jika saya sedang dalam perancangan untuk hamil?

J) Sebarang pengawalan pemakanan adalah tidak digalakkan untuk wanita yang merancang untuk hamil. Ini adalah kerana anda memerlukan nutrien yang secukup-cukupnya.

S) Bolehkah saya minum Per’l Xlim ketika hamil?

J) Kami tidak menggalakkan wanita hamil untuk mengambil minuman berkafein atau minuman pelangsingan badan. Harap maklum yang Per’l Xlim mengandungi kafein daripada ekstrak biji kopi hijau, jadi ia merupakan minuman berkafein.

S) Bolehkah saya minum Per’l Xlim ketika menyusukan anak?

J) Kami tidak menggalakkan ibu menyusu untuk mengambil minuman berkafein atau minuman pelangsingan badan. Ini adalah kerana kafein yang diminum akan dipindahkan ke bayi melalui susu ibu. Bayi yang mengambil kafein dalam kuantiti yang tinggi boleh mengalami masalah kurang gizi.

S) Bolehkah saya minum Per’l Xlim jika saya menghidapi kencing manis atau tekanan darah tinggi?

J) Kami tidak menyarankan Per’l Xlim untuk pengguna yang menghidapi kencing manis atau tekanan darah tinggi sebab kafein akan meningkatkan tekanan darah. Kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum berdiet atau mengambil sebarang produk pelangsingan badan.

S) Bolehkah saya minum Per’l Xlim jika saya seorang vegetarian?

J) Tidak, Per’l Xlim tidak sesuai untuk vegetarian kerana ia mengandungi kolagen ikan.

 

Soalan Lazim Tentang Pembelian Secara Online


S) Bagaimana saya layak mendapatkan penghantaran PERCUMA?

J) Belilah 2 pek dan ke atas (untuk Semenanjung Malaysia) dan 4 pek dan ke atas (untuk Sabah dan Sarawak) untuk mendapatkan penghantaran percuma.

Sila maklum bahawa penghantaran bagi pengiriman semula, bayaran balik dan produk gantian tidak akan diberikan penghantaran percuma dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli.

S) Apakah perbezaan di antara “Alamat Bil” dan “Alamat Penghantaran”?

J) Alamat bil adalah alamat di mana anda menerima penyata cetakan kad debit, kad kredit atau Paypal. Alamat bil mestilah betul dan tepat kerana ia berfungsi sebagai salah satu daripada kaedah pengesahan pembayaran.

Alamat penghantaran adalah alamat di mana pesanan anda akan dihantarkan. Anda perlu mengisikan alamat penghantaran sekiranya anda ingin menghantarkan pesanan ke alamat yang berlainan dari alamat bil anda.

S) Bolehkah saya membayar dengan menggunakan kad kredit melalui PayPal?

J) Ya, sudah tentunya! Pilih PayPal sebagai kaedah pembayaran anda dan pilih “Pay with Debit or Credit Card”.

S) Bagaimana akan saya mengetahui bahawa pesanan saya telah diproses atau dihantarkan?

J) Anda akan menerima e-mel setelah pembayaran online anda diluluskan. Ini akan diikuti dengan kod tracking (dalam masa 2 – 3 hari bekerja) dan ini bermakna pesanan anda telah dikirimkan. Selepas itu, anda akan menerima bungkusan anda dalam masa 5 – 7 hari bekerja.